Saya seringkali memikirkan sejauhmanakah keberkesanan kurikulum sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia. Namun secara keseluruhannya, kita gagal melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak berasaskan harapan dan objektif yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan maupun objektif sukatan setiap pelajaran itu sendiri.
Untuk menanam sifat mulia di dalam diri seorang pelajar, kita perlu menyentuh hati dan jiwa pelajar secara benar dengan ilmu yg berkesan. Dalam hal ini nampaknya ilmu tasauf iaitu ilmu yang bertujuan membersihkan hati rasanya sangat sesuai diajarkan dan diamalkan di sekolah serta dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah sebagai salah satu mata pelajaran wajib.
Saya percaya dengan kaedah-kaedah ilmu tasauf akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan rohaniah dan akhlak pelajar.
Friday, July 25, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)